UKUR BAJU DIBADAN SENDIRI
Bismillahhirrahmanirrahim.
penulisan dekat sini adalah berdasarkan pengalaman hidup aku semata-mata. tapi mungkin one day boleh diubah menjadi sesuatu yang lebih fresh gituhh -,-
hari ni nak share something sikit. and this thing based on kajian dan pemerhatian aku la kannn. aceehhhh ayat ahli-ahli antropologi gituhhh . kahakahkah. oke! people nowadays la kan termasuk aku suka berbelanja ikut nafsu. barang yang kau tak perlu pun sebenarnya tapi kau beli jugakk. sekarang ney semua benda mahal. kos sara hidup semakin tinggi tapi poket semakin kempis. kau agak-agak la kalau kau terus berbelanja mengikut nafsu tanpa ada sebarang tabungan, mampu ke kau nak terus bertahan untuk 10 tahun akan datang ??
sekarang ni kita keluarkan duit macam air. derassssssss....... tapi tabungan?? hahahhaa. aku tahu mesti tak da buat tabungan pun kan ?? kau dapat duit dan kau guna semua duit tu. nanti bila dapat duit lagi, kau guna lagi sampai semua licin dan lesap dari pandangan mata kauuuu. teruskan dengan kehidupan seperti itu! percayalah yang harga barang akan terus naik dan naikkk. poket kau pulak akan terus dicucuk sehingga kempis dan akhirnya hutang pulak yang mengekori seluruh kehidupan kauu. nak ke macam tu ?? mintak dijauhkannnla. tapi kalau sekadar berdoa dijauhkan tapi tak de tindakan dari pihak kau pun tak de guna beb. >,<
dulu masa aku sekolah, aku tak nampak pun semua ni sebab abah bagi duit untuk bayar makan asrama setiap bulan. tu pun bayar RM 1 untuk sehari dan kau makan 4 kali sehari. hanya dengan RM1 tu je. pergi sekolah pulak abah bagi RM 3 untuk makan so aku tak perlu susah hati fikir nak korek mana duit.
now dah jejakkan kaki ke alam yang lebih mencabar iaitu universiti. apa kau fikir bila orang masuk U? mesti fikir duit masyukkk sebab ada PTPTN kan? hahaha. sebab aku fikir macam tu weyh dulu bila kawan-kawan masuk U buat diploma. dekat U ni kau akan jumpa ramai orang. macam-macam gelagat ada. kalau la ditakdirkan kau dapat kawan anak orang berada dan kerja dia asyik ajak kau keluar je sedangkan kau tahu kau tak mampu nak ikut cara hidup dia. so dekat sinilah benda ni kau kena hadammmm "UKUR BAJU DIBADAN SENDIRI".
dekat sini aku nak share beberapa tips untuk kau mampu teguh berdiri disamping orang macam ni:
1. tajdid niat. kau datang U ni bukan untuk berhuhahuha tapi nak balas balik jasa orang tua kau, nak kejar impian kau yang setinggi bintang tu.
2. berani kata tak. ada sesetengah ni dia jenis suka mendesak so berani cakap tak.
3. teguh dengan pendirian. jangan hari ni kau kata tak tapi seminggu kemudian kau da terjebak da dengan cara dia
4. sibukkan diri. dekat U ni banyak program dan persatuan yang kau boleh join. so bila kau sibuk ikut program, kau tak ada banyak masa nak keluar buat benda tak berfaedah.
5. pilih kawan lain. hahahhaa. bukan apaaa, ini option terakhir kalau kau da betul-betul tak mampu nak hadap. kau ingat senang ke nak cakap tak setiap hari? kalau kau tak menjauh dari dia pun, dia sendiri angkat kaki blaaa dari hidup kau.
duduk U kau kena ada jati diri yang kuat supaya kau tak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang tak sepatutnya hinggap dekat diri kau. jangan lemah. jangan cepat sangat nak rebah. kalau tak de kawan sangat pun, kau jalan je la sorang-sorang pergi mana-mana. dekat U benda tu normal je. dekat sekolah je la nampak pelik kalau jalan sengsorang ni. hahaha
aku ni tak la hebat sangat nak usir anasir ajak keluar ni sebab aku ni jenis kuat jalan dan kuat makan! nak-nak pulak kfc, mcd, pizza, coolblog depan U je. mana nak tahan beb nafsu.
oke ni tips yang aku buat supaya poket aku tak terus kering:
1. buat buku kira-kira. oke buku yang aku buat tu, aku tulis duit yang abah bagi dan duit yang keluar untuk setiap hari. so aku boleh tahu mana pergi duit tu semua.
2. tabung. aku tak mampu nak tabung RM 1 sehari tapi aku ambik inisiatif lain dengan menabung semua duit syiling yang aku ada.
3. reward yourself. aku hanya akan makan sedap bila aku rasa badan da terlalu penat belajar, kaki da penat jalan kehulu dan kehilir ke bilik kuliah. so sekali sekala reward yourself dengan makanan yang sedap.
4. catu duit. hahaha. bukan zaman dulu je ye ada catu-catu. aku akan berbelanja tak lebih RM5 sehari. lapar macam mana pun fikir la nak makan apa dengan duit banyak tu je. so bajet korang takkan lari
5. beli apa perlu. spesis aku ni semua benda aku rasa perlu . kahkahkah. tapi lama-lama kau akan sedar jugak apa yang perlu dan apa yang kau tak perlukan pun
6. berani cakap NO! aku tahu susah sebab aku pun pening kepala bila nak bagi alasan. takkan nak cakap poket kering, nanti depa pikir abah kedekut tak bagi duit. so kau cipta la apa-apa alasan pun yang munasabah dan tak mengecikkan hati.
kau boleh buat mcam-macam bila kau tak suka seusatu benda tu kann. so buat la pilihan yang lebih meyakinkan okeyhhh. hati orang sekeliling nak kena jaga tapi poket kau tu pun penting nak kena jaga
p/s : kepada kawan yang rasa nak keluar sokmo tapi membe susah nak keluar tu. aku mohon jangan paksa. kesiaaannn. dia mungkin ada sebab tersendiri kenapa . k chiaaawwwww....
0 chocolate[s]